Saturday, June 12, 2010

...malas tulis tajuk...

ee... tak sabarnye nak abiskan baki lagi 5 hari.
sepanjang beberapa minggu di sana.
macam-macam cerita yang aku dengar.
macam-macam orang yang aku jumpe.
banyak ragam dan peel masing-masing.
walaupun sebumbung dengan sepupu-sepupu aku.
tak pernah sekali kami menyapa antara satu sama lain.
malah nama diorang pun aku xtau.
memang sangat durjana aku sebagai sepupu.
haha...
do i care?

kerja kuli macam aku ni memang kene jumpe dengan orang ramai.
ada yang aku kenal dan selebihnya langsung aku tak kenal.
seboleh-bolehnya aku cuba menyorok dari bertemu dengan orang yang aku kenal dan mengelak dari tegur diorang.
dan selama yang aku keje ni.
orang yang akan tegur aku bila aku tak sempat nak menyorok or aku tak perasan diorang.
lalu, terkantoilah yang aku keje kat situ.
cet!
bukanla aku malu sebab jadi promoter.
tapi hakikatnya aku memang si pemalu.
hehe...

sebenarnya tak benda yang membanggakan tentang aku.
tambah keje aku ni.
tapi siyes.
aku tak malu keje ni.
cume yang tak syoknye keje berdiri memanjang.
kene pakai t-shirt lengan pendek.
dan yang takley blah bila susah nak menunaikan solat.
ade kadang-kadang aku curi solat.
kalau kantoi pun aku tak kisah sebab bersoal jawab dengan bahagian admin tak menakutkan berbanding bersoal jawab dengan ALLAH nanti.
tapi memang selalunya susah sangat nak solat maghrib.
sebab diorang kunci pintu surau.
cet!
memang ciut je.

ooh.
memang cepat masa berlalu.
aku terjumpe dengan salah seorang bekas rakan sekelas aku.
walau seusia dengan aku.
tapi die dah mencapai sesuatu dalam hidup die.
ada keje yang stabil *cikgu sekolah menengah*.
ada suami dan anak yang comel.
aku?
"haha..."
itu jawapan aku *petikan dari mesej zamani*.

ooh ye.
sebut pasal zamani.
kat tempat keje aku ade seorang budak name muhammad zamani.
sebijik ejaan dengan name muhammad zamani mustafa.
tapi perangai dua-dua sangat-sangatlah berbeza.
muhammad zamani kat tempat keje aku ni lebih peramah, lebih "lemah lembut" dan selalu terlebey sudey.
muhammad zamani mustafa pulak ialah seorang yang pendiam *skang takdela pendiam sangat pun*, "lembut" or "tak lembut" aku tak pasti, tapi yang aku pasti die tak selembut muhammad zamani kat tempat keje aku ni.
muhammad zamani kat tempat keje aku ni pakai baju pun saiz kanak-kanak.
walhal saiz badan die bapak besar dari aku.
tapi kedua-dua zamani ni memang baik hati.
muhammad zamani selalu tolong aku entertain customer.
muhammad zamani mustafa pulak selalu... er... selalu.... selalulah yang seperti selalu :P

aku dah busan ni.
aku nak kacau orang len lak.
blah dulu.
papai.


*tengok mamat jaga aiskrim tu mengingatkan aku pada seseorang, kat mana agaknya die?*

No comments: