Wednesday, March 31, 2010

...kesengalan sungguh...


satu hari aku dan et makan di sebuah kedai.
ketika itu musim konvo.
jadi tidak hairanla pekan yang koboi itu penuh dengan manusia, kereta dan juga lori.
begitu juga di kedai tersebut.

alkisah.
terserempak dengan seorang artis.
nak kata terkenal, ntahla.
nak kata x terkenal, pun ntah jugak.
yang pasti kalau sebut nama die, orang akan cakap.

"oooh, tau..."

masa mula2 aku terjumpa dengan artis neh dekat EDC.
pakai smart.
maklumla nak menyanyi.
bila kat kedai makan die dah tukar baju.
pakai jersi kaler merah.

di kedai makan.
sedang et membasuh tangannye.
terdengar perbualan di antara pacik kedai dan anaknya *rasenyela*
lebih kurang begini perbualan mereka.

pacik kedai : ha, tu la zamani slam...

anak pacik kedai : ...........................

pacik kedai: popular gak die neh, nyanyi lagu itik gembo2.

mau pecah perut aku dengan et ketawa.
bagusla pacik neh.
artis dah betul.
salah lagu je.
takpe2. tahun depan teka lagi.

tetibe lak...

bini pacik kedai ni asik lalu lalang depan aku.
ooh.
zamani slam makan kat belakang meja aku.
patutla.
x penah2 macik ni anta makanan kat customer.
salu lepak lam kaunter.
ley lak ke hulu ke hilir.
tapi mata asik menjeling zamani slam.

"erk... macik kedai. pacik kedai x marah ke?"

aku pertikaikan.

"selama kite makan kat kedai neh, dgn zamani mustafa lak tu. tak penah aku tgk macik kedai ni sesibuk mcm ni. "

ooh.
maybe macik kedai tu minat zamani slam kot.
xpela. aku abaikan je.

:P

ini bukan zamani slam keh




*sengal sungguh*





Tuesday, March 30, 2010

...wayang...

wayang?




memang sgt best.



bagi aku..


cite wayang tu akan lebih bermakna bukan kerana cite tu sendiri.
tapi dengan sape yang menonton cite tu dengan kite.

:P




*mak, maafkan anakmu yg degil ni*




Wednesday, March 24, 2010

...sakitnye hati aku ni...

sakitnya hati aku...
nak tau kenape..

ari tu aku sms mamat ni.

"sok jangan lupe, kite pegi library keh"

"pukul bape?"

"pukul 1o. aci?"

"standartla tu"

aku sebenarnya risau, kalau awal sgt.
aku tau aktiviti mamat ni.
selalu tido lewat.

bila aku on fb, sampai pukul 4 pagi die masih tak tido.

soknye....
aku tunggu die, dari pukul 10 sampai pukul 12 langsung x nampak batang hidung die.
aku kejutkan die bangun tido 2 kali.
pastu, aku kol die tak angkat...
sms pun x reply.
terpaksa aku kol kwn2 serumah die.
pukul 12 lebih baru die gerak dari umah.

sampai ke lobi library.

la, die pakai seluar jeans....
aku ngan et tunggu die lame lebih 2 jam.
alih2 die pakai seluar jeans.
hangin aku.
mana ley masuk library kalau pakai seluar jeans.
aku pakai t shirt pun kene halau ngan guard kerek tu.

dahla x mintak maaf.
buat muka saja je.
aku speechless.
aku xley nak marah dah die ni.

alasan die bg.

"x bgtau nk masuk dalam library"

beb, kalau x wat pe kite jmpe kat library?
mestilah sebab nak masuk library.
kalau setakat nak discussion je, kat changlon pon ok.
umah kau dgn umah aku xla jauh ngat.

sume terdiam masa tu.
tetibe die blah gitu je.
tinggal laptop die.

aku kol die.

"aku balik jap, salin baju"

last2 nak dekat pukul 2 die sampai kat library.
pastu kate kat aku...

"janganla siyes sgt ren"


**************************

bila petang tu..
die online dengan et.
dua2 saje bikin hati aku panas.
saje nak bagi aku marah
*ade sbb die, tapi aku malas nk cite*

beb..
bukan saje nak marah kau...
kalau orang lain *aida terutamanya* dah lama kau kene marah teruk2.
kire ok aku ni ley diam je.

tolongla keh..
len kali..
sile consider pasal orang lain jugak.
aku jarang marah kau...
kan dah kene ngan aku.
padan muke kau.


*aku pun asik hemo je 2, 3 ari ni*




Monday, March 22, 2010

...maaf kerana sikap kurang ajarku...

alhamdulillah..
segalanya selesai...
walaupun berakhir dengan keadaan yang kurang memuaskan.

siyes ni..
aku rasa bersalah.
walaupun aku rasa terhina dengan apa yang "budak" tu cakap.
dia kalau cakap ikut suka hati.
x pikir.
bila dah hilang marah baru nak nyesal.

tapi...
sebagai manusia..
sebagai orang yang lebih muda.
aku patut hormat orang2 tua tu.

ye salah aku.
aku sangat hormatkan mereka.
tapi keadaan memaksa aku menafikan rasa hormat tu.

walaupun aku tersinggung dgn "budak" tu.
aku masih ingat jasa korang suma pada aku.
terima kasih banyak2.
hanya Allah yg dapat membalas jasa baik kalian.

dan.
maaf kerana sikap kurang ajarku.



*masih trauma*






Friday, March 19, 2010

...tolonglah paham...

tolongla paham...

aku annoying gile dengan kau..
dengan propaganda kau.
drama2 kau.
cerite2 tipu kau.

please lah...




BERAMBOS!!!




GET LOST!!!




and still GET LOST!!!



*malas aku nak hemo, tapi terhemo gak. hampeh*





Saturday, March 13, 2010

...sedih la pulak...

sekarang ni mak abah dalam perjalanan balik.
ooh.
diorang nak singgah ke Penang jap.
nak jumpe abg asyraf.

aku macam biasa.
bila mak abah balik aku akan terlebih hemo.
huhu..
sedih.
abah aku sebenarnya nak ajak aku balik.
tapi arini plak ada klas.

macam mana pun.
aku doakan.
mak abah selamat sampai ke destinasi yg dituju.
aku juga doakan mak abah sihat selalu.

amin.....


*sempat update sebelum ke kelas*




...perhatian pada et...

semalam...
tetibe je blackout.
aku rasa kalau bley toreh muka aku, memang x berdarah.
terkejut aku dibuatnya.
walaupun blackout dalam masa sesaat.
tapi kesannya aku langsung xley nak lelapkan mata hingga ke pagi.

sejurus selepas blackout.
aku msg et.
x berjawab.
aku ketuk pintu.
pun x berjawab.

akhirnya aku telefon zamani.
mujur ada zamani yang temankan aku hingga ke pagi *online ym*

siyes.
aku memang penakut.
tambah plak mak abah aku memang x bagi aku tido sorang.
tapi et memang kejam wat aku macam tu.
huhu...
tambah lagi kejam bila dia, zamani dan syahman ketawakan aku.
hampeh.

malam ni mak abah datang ke kedah.
aku offer diri tido di ruang tamu.

"jangan2... mak tak mau kamu tido situ. tido dengan mak dalam bilik ni"

"nape mak, tido atas kerusi tu. dalam bilik tido kat bawah. huhu"

"mak TAKNAK KAMU TIDO SORANG. nanti m*******"
*sensor, takut kantoi :P*

tengok.
sayang mak abah aku kat aku.
pada zamani dgn syahman, terutamanya rumet aku et.
sila amik perhatian ye,
mak abah aku yang tak kasik aku tido sorang.
so sile jangan ketawakan aku lagi.
aku cume xnak jadik anak derhaka je.

:P



*rindu abg adik neh*




Wednesday, March 10, 2010

...selamat hari lahir aini mastura...

beliau adalah salah seorang sahabat aku dikala masa kecilku..
sehingga kini.
kami membesar bersama-sama.
famili dia sume mengenali aku.
begitu juga famili aku.

kami terpisah disebabkan beliau berpindah ke kuale.
tapi sekali sekala ada juge berjumpe.

banyak kenangan aku dgn dia.
sebab aku kenal dia dari tadika.

aku ingat masa dulu.
masa darjah berape ntah.
kalau diikutkan famili aku, masa kecik aku agak terbiar.
mungkin sebab mak abah bekerja.
pengasuh pun mana nak jaga sangat budak jahat macam aku.
dirumah mak tak memasak.
jadi setiap hari akan ada mamak dari mana ntah akan hantar makanan kat umah.
jadi itulah makanan kami.
mamak.
tau2la masakan diorang macam ne.

satu hari aku kepingin sangat nak makan kari ikan.
dalam kelas aku berangan kalau dapat makan kari ikan kan best.
tapi aku tau aku xkan dapat makan.
jadi memang aku pendam je.
mak aku x akan memasak.
xkan sempat punya.

balik dari sekolah.
macam besa.
aini akan ajak aku main2 *sebab dia xnak pegi mengaji*
aku?
masa tu lantakla, aku nak balik ke x sape pun tau.
aku ikut je.
sampai masanya aku follow aini balik umah.
tetibe mak aini ajak aku makan nasik.
hehe..
aku on je.

sekali aku terpandang...
bestnyee...


kari ikan

aku sangat2 heppi masa tu.
itulah moment yang aku ingat sampai skang.
aku xley lupe.
walaupun mamak tu masak kari ikan yang sama.
tapi xkan serupa dgn kari ikan yg mak aini masak.
sebabnye....
mak aini masak dengan penuh kasih sayang.
bayangkan masa tu aku sangat2 tersentuh hingga sekarang.


tambah masa tu aku kira macam anak terbiar.
jarang jumpe mak abah aku.
masa sekolah aku dunia aku dengan kawan2.
dan salah seorangnya adalah aini mastura.

aini.
aku doakan kau bahagia dgn dia.
sihat tubuh badan dan murah rezeki.
aku sayang kau nee...


SELAMAT HARI LAHIR KE 25




*aku bukan lagi anak terbiar*




Tuesday, March 9, 2010

...mari bersauna...

huh...
hari yg sengal.
walaupun panas harini.
ley selamber je aku g sauna dengan et, aida n mil.
ades...

bising dalam bilik sauna tu sebab aku dgn mil.
bagi aku sendiri.
sauna ni untuk orang yang malas nak bersenam je *macam aku*
hehe..

tapi siyes.
aku 'lemas' duduk dalam bilik tu lama2.
xtaula nape ade orang suke sangat g sauna.
bek lepak kat eskimo g best.



*kan bes kalau ley wat benda yg kite suke*



Saturday, March 6, 2010

...nama die zamani...

maaf sgt2 kalau aku asik cite pasal mamat neh.
tapi siyes weh, kalau korang kenal mamat ni dulu dan skang,
mesti korang dapat rasa perubahan dia.

masa degree dulu, aku penah segrup dgn dia.
macam tula, penyengap. sepatah aku tanya,
sepatah jugak yang dia jawab.
habis setakat tu je antara aku dgn dia.

macam tu jugak masa sem 1 *master*
tapi sebab kami dah tak ramai kawan.
nak tak nak terpaksa bergaul dengan dia jugak.

1st time aku dengan et ajak dia kua pergi tengok wayang.
sepanjang perjalanan ke jitra.
sepatah pun x bercakap.
bawak kete komited giler.
berkerut dahi.
oleh sebab senyap sangat, aku communicate dengan et melalui sms.
ape lg, kitorang mengutuk mamat neh.
:P

bila wayang dah abis.
dia trus je balik.
aduyai...
x tanya langsung, aku lapar ke x.
hampeh tol mamat neh.

tapi sekarang...
adeh.
kalau bercakap, mau sentap orang yg mendengar.
aku xtau orang lain tau ke x...
dia ne sket punya kelakar.
bengong.
kadang2 menyakitkan hati je.
ooh.
jangan tak percaya.
aku pernah kene marah dengan dia.
huhu...

zamani a.k.a. mat

beb, xsangka kau dah berubah sebegini dasat.
tolongla bang...
tolong slow sket perubahan kau tu bang.
maceh jugak sebab jadi antara orang yang mnghiburkan aku dikala suram.
kau dengan et memang gandingan yang mantap.

dan kawan2..

tolongla percaya..
mamat neh bukan lagi mat penyengap mcm dulu.
korang dah xley senang2 nak sound dia macam dulu.




*maceh sbb buatkan aku emel baru ^_^*




Thursday, March 4, 2010

...xde perasaan...

aku rasa macam teori O boleh dipertikaikan *sila rujuk entry aku sebelum ni*
skang ni nak kata aku heppi...
aku x heppi...
nak rasa sedih..
pun tak jugak..
marah..?
entahla..

tapi yang aku tau.
aku nak jumpa org yg aku yg aku jumpa.
nak lihat benda yang aku nak lihat.
nak dengar perkara yg aku nak dengar.
selain dari tu...
persetankan.

kepada yg lain.
maaf bukan aku x concern pada kamu.
kecelaruan emosi aku mencipta 1001 kejurangan.
aku x mampu nak digest perkara2 yg aku tak mahu dengar, lihat dan rasa.
aku xmampu nak beri emosi yg sepatutnya
aku xley berpura-pura yg aku gembira.
biar masa yg tentukan semuanya.

berape byk masa yg aku perlukan?
biar masa juga yg tentukan...





*tlg doakan abah aku sihat kembali. amin*





Wednesday, March 3, 2010

...jln2 di pdg besar...

pergi jalan-jalan di padang besar.
malangnyer perut ku sangat2 sakit.
rumet aku beli boxer.
mil beli bear huduh ngan spageti *kalau x salah aku*
aida?
minah ni shopping x hengat dunia.
aku..?
sob3x...
beli roti kering je.
sakit perutku melampau2.
terlepas nak beli cardigan cumel tu...
eee... sayangnya.
bukan xnak beli.
ingat nak jalan2 dulu.
tapi bila dah jauh aku x larat lak nak patah balik.
perutku sangat2 sakit.

ooh.
berkenan jugak dengan baju putih tu.
sayang macam baju maternity.
huhu...

nasib.... *sigh*


*sok ari membusankan*


Tuesday, March 2, 2010

...saja gedik...

saja gedik nak update.
padahal xde cite.
ada cite sebenarnya, tapi xde feeling nk share.


*busan*

Monday, March 1, 2010

...biarkan..sebelum ni idup aku pn mmg mcm ni...

sampai sekarang aku tak dapat rasa ape perasaan aku.
tapi satu perkara yg aku sangat pasti.
aku sangat2 tidak hepi.
aku rasa seperti hendak menangis.
tapi tiada air mata yg keluar.
aku rasa seperti hendak menjerit.
tiada suara yang kedengaran.

mat.
aku mohon maaf atas kekasaran aku.
walaupun marah masih bersisa.
aku rasa aku pun turut bersalah pada kau.
atas byk faktor kenapa aku marah.
pertamanya atas sbb kau sendiri.
setiap kesalahan kau yang aku kumpul.
nyata malam tu aku hamburkan kemarahan tu.

sebab yang keduanya atas diri aku.
penat.
lapar.
keciwa.
tapi aku mengambil sebagai tanggungjawab aku untuk memohon maaf.
sebab, aku turut melampiaskan rasa kecewa aku pada seseorang terhadap kau.

aku jahat.
aku terlalu beremosi.
aku penuh dengan wasangka.
penuh dengan cemburu.

biarkan....
sebelum ni idup aku pun mmg mcm ni.
xde orang yg peduli.
jadi jgn pedulikan aku.





*syukur ada rumet yg memahami*