lama x datang sana.. lebih kurang 2,3 bulan dah *sejak cuti sem*
tetibe arini tergerak hati nak ke sana..
sebenarnya, aku dengan et teringin makan ABC.
puas mencari, baru aku teringat kat anjung ada jual ABC.
sampai je, Yah ngan soleha melambai2.
kami bertanya khabar.
sempat aku menjeling pada Lah yang sibuk buat air.
teringat aku pada seseorang...
"Abg Man mana?"
"AbgMan dah meningai." Jawab Yah bercampur loghat siam.
"haha.. meninggalkan kedaikan...? dia dh x keje sini ke?"
"Ya Allah kak, betoi.. dia dah meningai.. sebulan yg lepas"
"Hah...???"
"tanya soleha"
Soleha mengiyakan.
Innalillah........
aku blur.
aku pandang et.
Ya Allah Ya Tuhan ku.
Baru beberapa bulan x jumpa.
alih2 berita duka yang aku terima.
Masih aku terkenang2 wajah arwah.
dia memang sangat suke tersenyum... ketawa....
dia sangat suke berbaju biru....
dia juga suke memakai topi.
kalau kami datang ke kedai, memang selalunya dia yg akan masak.
Ooh. dia sorang je yang suke panggil aku halia.
agak sangat2 ralat sebab sebelum dia meninggal dia salu mesej pada et,
bila agaknya kitorang nak datang ke kedai.
tapi kami ignore je.
dalam sebulan ni, memang bila lalu di depan restoren anjung aku salu jugak curik2 pandang.
kot2 ternampak dia.
dan salunya kami akan melambai2 pada dia.
tapi memang x nampak dia.
dan kami ingat dia sibuk kerja di dapur.
tapi sebenarnya........
aku baru tersedar tentang kebesaran Ilahi.
aku rasa aku terlalai seketika.
aku rasa aku ni terlalu kerdil.
terlalu lemah.
terlalu kecil dan hina sekali di sisiNYA.
buat kali pertama *mungkin untuk tahun ni* aku begitu sentap.
kembali ke alam nyata.
yang hidup akan kembali padaNYA.
bila2 masa sahaja.
andai saat waktu yg dijanjikan telah tiba.
aku mendoakan roh arwah abg Man dirahmati Allah dan berada di dalam golongan orang2 yang beriman.
Amin.
*abangMan meninggal dunia pada usia lebih kurang 28 tahun akibat penyakit jantung. harini genap 44 hari kematian beliau*
AlFatihah

No comments:
Post a Comment