Sunday, January 10, 2010

...antara kimi, zamani dan Mat...

Perlawanan futsal antara geng Mat dengan budak degree. Sebenarnya aku dengan Ety takdela nak pergi tengok sangat. Tapi sebab dah janji dengan Mat, terpaksa jugakla pergi. Crowded giler kat Changlun masa tu, sebab ada pesta. Hairan aku, apa yang ada kat pesta tu sampai ramai sangat.

Beralih kepada perlawanan futsal. Masa aku masuk, aku tengok Mat main. Perghh..!!! Semangat giler mamat ni. Aku dengan Ety panggil pun dia langsung x toleh. Kening bercantum, dahi berkerut. Komited. Zamani dengan Kimi tercungap-cungap kat bangku tepi.

Tak lama kemudian, Kimi kene masuk. Aku dengan Ety pun cadangnya nak blah awal-awal. Bukan aku kenal pun sesape kat situ. Kenal Mat, Zamani dengan Kimi je. Dahlah kami je Kaum Hawa kat situ. Tapi sempatla aku snap pic bebudak ni.

KIMI

Yang pasti, Kimi la yang paling tercungap-cungap sebab terpaksa bawak perutnye yang begitu comel tu sambil mengejar bola.



perut Kimi terlindung

Kesian aku tengok Kimi, walaupun perutnyer begitu comel, tapi beliau bersungguh-sungguh bermain. Macam mana pun biasa a, kalau main gaya memang macam pro, padahal... hehe...


ZAMANI

Inila babak-babak yang x bley blah. Bila Zamani kene masuk padang, ley plak dia halau kitorang balik. Sukati aku a *ayat Mat, tapi aku pinjam jap* Dia ni memang x nak kami tengok dia main. Tambah-tambah bila dia tau aku snap pic, sebab dia tau mesti masuk blog punya. Main pun malu-malu. Ley lak senyum-senyum. Lagi satu, kalau tengok kat tangan kanan dia, ada lak men futsal pakai jam. Jam besi lak tu, bukan ke jam tu patut pakai time-time formal je? Geleng pale aku... zamani...zamani...


Zamani dengan jam tangannya

Rasa macam dia x kejar bola pun. Kau malu ngan aku eh? Hahaha....


MAT

Mamat ni... main komited habis. Sebelum main pun dahi dah berkerut-kerut. bajet macam lawan dengan Arsenal *ada ke ke geng-geng Arsenal men futsal?* Tetibe... tengah-tengah dia syok-syok main... Aiseh... Mamat ni terjatuh. Aku dengan Ety masa tu dah gerak dah nak balik. Sempat aku snap pic... Erk... bukan aku xnak tolong kau Mat, tapi dah ramai dah yang tolong kau. Kalau aku tolong, nanti kau bertambah-tambah sakit lak.

Mat menggeulupur sakit

Kesannyer... Mat xley nak berjalan. Dia dapat MC sampai ari Khamis. Tapi mamat ni, dalam sakit-sakit kaki, ada hati nak sepak aku. Isk.. Isk... Aku pijak kaki tu baru tau....

Mat.. jom jogging nak? Hahaha...

No comments: