Sunday, August 29, 2010

...sweet moment...

ooh.
rase sweet lak.
baru balik penang dan perak.
sebenarnya kami ke penang sebab nak jumpa mak aku.
yela.
mak kat spital penang.
balik perak sebab macik aku koma.
*aku doakan beliau cepat sembuh*

pergi dalam keadaan mengejut.
aku x plan.

terima kasih banyak2 muhammad zamani.
walaupun dengan bersyarat.
kene lak present masa klas cikgu apis.
takpe.
asalkan dapat balik kejap.

terima kasih gak kat mek t.
yang sentiasa temankan rumet die.
ni doa mek t la ni.
sikit2 nak g penang.
last2 pegi jugak.
walaupun pegi melawat org sakit.
tapi mang xley lupela.
sesat merate2 kat penang tu.

walaupun aku dah byk kali g sana.
tp still x ingat mane letak spital tu.
sudahnya melilau kami bertiga.

sampai ke umah dah pukul 3.
pukul 8 gerak ke kedah balik.
mang terbaik.

thanks both of u coz give great moment for this semester.
siyes.
x terpikir nak g penang ngn korang.
haha.

*muhammad zamani..nak plak kau tido kt umah aku..?*

Saturday, August 28, 2010

...mak...

arini.
mak aku sorang2 kat spital penang.
ade operation.
yang sangat sadisnya.
takde sape yang temankan die.

aku yang sedih.
sebab kalau aku ade.
aku yang akan temankan die di hospital.
aku yang setia menanti di sisi katil.
tersengguk2 menahan mengantok.
yang paling x tahan tu.
aku ley join mak aku baring kat katil sebelah *bila katil tu kosong*

ada 1 masa tu.
mak aku pergi solat.
sebabkan mengatok sangat.
aku tido atas katil mak.
sedar2 ramai doktor dan nurse yang nak wat pemeriksaan.
mang a.
kejutkanla aku.
kang x pasal2 aku kene injek.

tapi pagi ni.
mak aku operate sorang2.
aku kol mak aku mengaduh sakit.
sayu ati.
kalau aku ade.
aku akan usap tangan mak.

mak....

sorang2...

kat spital penang tu.

sedangkan aku kat kedah.


maafkan yana mak.
yana nak sangat temankan mak.
tapi mak tak kasik.
yana cume mampu titipkan doa.


semoga mak cepat sembuh.





Friday, August 27, 2010

...bangang tol...

orang salu tnya.

"asal muke kau ketat ren?"

"asal masam je?"

"muncung kau sedepa, ley ikat muncung kau tu"

ley x aku jawab.

"sukati aku a. yang korang sibuk pesal?"

haha.
mang xla nk jawab mcm tu.
mang kene lepuk skali ngan cik aida nanti.

maybe aku ni susah nak senyum kot.
maybe jugak aku ni kalu x suke 1 perkara aku, terserlah dimuka.
maybe jugak sbb ade seseorang yg wat aku jadik macam tu.
maybe jugak....

ah..
banyak a kau punye maybe.

yang aku tau.
aku nak wat sesuatu pasni.
maybe akan merubah sesuatu.
dari segi masa depan aku ke.
dari segi hubungan ke.
tunggu je nanti.
antara berani ke x je.

time aku berani.
masa tak sesuai.
bila timing dah perfect.
aku lak kecut cam siput.

haish.

aku xley nk publish pe dia.
sebab tak sanggup nak cite unless misi aku btoi2 dah berjaya.

readers...
plez... plez... plez...
doakan aku beb...
aku bahagia korang pun akan bahagia gak.
ahaks.

...faces toughest moment of my life...

good day everybody.
nothing to share.
hope u pray for my mother.
hope she getting better.
hope she live well.
hope she got lot of happiness in her life.
love u mak.

about that thing..
we will discuss later.
after im ready for it..
ngeh3x..


*kenape org tu suke bgi aku marah?*



Wednesday, August 25, 2010

...mr silencer...

banyak yang aku nak citekan.
terutama pasal perubahan kau.
aku pasti, sesapa yang baca mesti tau sape yang aku citekan ni.
dan paling dasat diorang ley cite balik kat aku.
macam yang mat, acid ngan sya salu wat.
ceh.. sungguh bukan silent reader korang ni.

kita mulakan cite.
ade satu mamat ni.
dulu die sangat pendiam.
sangat2..
tanya sepatah....jawab sepatah..
dan paling dasat, bila tanya kadang2 x berjawab.
seperti robot.
yang xde perasaan.
pe yang korang cakap akan di ignorekan je.
kutukla die.
korang blasah die pon xpe.
die xkan balas balik.

tapi...
sekarang...
bukan main lagi.
lebih2 lak...
kadang2 xde soalan.
de je jawapan dari die.
penah skali tu die menari2 dalam kete.
malangnya takde sape yang nampak.
bila aku cite je.
sume tak pecaye.

kau..
memang sangat pandai wat muke innesen.

ooh.
ramai lak skandal2 skang.
aweks keliling pinggang.
lebih dasat dari biasa.


kepada orang yg berkenaan.
jelas sekali kau memang dah berubah.
bagusla.
sepatutnya dah lame kau begini.

cume....
ntahla...
aku jadi macam x biasa lak..

tapi...
hade haku kesah..?
kene carik mr silencer yg lain.
sbb aku sgt2 xberkenan lelaki yg x silencer.
huhu..

kau..?
teruskan perjuangan keh.

Tuesday, August 24, 2010

...erm...

"awk..."

"saya suke awak"

"awak suke saya x?"


mcm poyo je ayat tu.
ahaks.

haish.

* banyak keje lak arini*

Sunday, August 22, 2010

...turtle atau tortoise...

turtle tu penyula mek t
tortoise tu kure-kure...

ape da...

Friday, August 20, 2010

...fesbuk oh fesbuk...

sori na..
aku bukan delete akaun facebook aku.
just dormantkan je.

bukan saje2 nak dormantkan.
aku pun xnak sebenarnya.
tapi..

maybe ni jalan terbaik nak tenangkan aku.
eheh..
tenang pe ntah..

facebook memberikan 1001 rasa pada aku.
aku dapat bertemu kembali dengan rakan2 lama.
aku dapat berkenalan dengan rakan2 baru.
ooh.
membuat aktiviti maksiat bersama2 rakan.
memang terbaek.
tag mengetag.
kutuk mengutuk.
kata-mengata.
ahaks.

selain itu.
ada kisah suka duka penuh berliku di fesbuk tu.
kene marah pun ade lam fesbuk.

ermm.
tapi sebenar2nya aku dormantkan fesbuk kerana seseorang.
yang lain sampingan je.
bidaah.
haha...

takpe.
rilek lu.
pas tenang2 aku active kan balik.

ooh.
siyes.
pas deadactivekan akaun.
macam xde rasa je.
isk3x..
macam nak close trus pn ade.
tapi malu ah.
kalau orang tnya.
pe fesbuk aku.
takkan nak jwb

"sori bro, gua xde fesbuk"

nampak sgt aku ni bute it.
huhu..


*rindula kat abang nyau*



Sunday, August 15, 2010

...malas...

err... berkecamuk ni..
ermm.. sabar2..
ade bape minggu je lagi.

start counting day...
erkk.. bek aku counting bape helai mukasurat untuk pojek paper nnti.
susahnye nk bahagikan masa.

penat+malas+enjoy= tak siap keje

harap dapat grad tahun ni..
amin.

Tuesday, August 10, 2010

...ooohh...

oh.
aku ok2 je...
dun wori...
huhu...

Sunday, August 8, 2010

...lupakan semuanya...

kalau la orang tahu isi hatiku ini.
kalaulah ade orang scan.
akan nampak semak samun.
sepah.
sebab sumenya berbaur.
aku hidup dalam ketakpastian.

kepada diri aku sendiri.
bersedihla setakat mana yang aku mahu.
bila sampai waktunya.
tinggalkan segala kesedihan yang ada.
lupakan semuanya.
teruskan hidup keh...



...exam...

arini aku exam.
pukul 2..
doakan aku.

sempat lagi berfesbuk ngan apdet blog.
nampak sangat exam ni senang..

ahaks...


*seseme lar*

Friday, August 6, 2010

...kamoo...

ooh.
macam2 yang aku rase.
sejak 2, 3 arini aku asik memikirkan sesuatu.
mungkin sesuatu yang x pasti.

aku doakan yang terbaik untuknya.


"ambillah seberapa lama yang kamoo mahu".
"pikirla sepuas2nya wahai kamoo".



jika benar itu yang kamoo mahukan.
aku menerima dengan seadanya.

ye.
kite memang xdapat hendak menjangka kehidupan yang akan berlaku.
tapi kite masih berpeluang mengatur perjalanan hidup kite.
kenape harus menyusahkan diri jika jalan yang ada terbentang luas di depan mate.


jangan risau kamoo.
tidak akan ade sesiapa yang akan dipersalahkan.
seperti biasa.
doaku titipkan agar kamoo bahagia walau dimana kamoo berada.

jika tidak benar bagai dikata.
harap kite xkan bertemu lagi.
sampai bila2..
sampai ke akhir hayat.
maaf.
aku bukan manusia yang pendendam.
tapi tak mampu melihat kamoo lagi.

maafkan aku.